pop quick info bttn 


Apakah Population Quick Info?

Population Quick Info merupakan satu sistem carian penduduk yang cepat dan mudah. Sistem ini mesra pengguna kerana data boleh dimuat turun serta dicetak terus melalui internet.


Apakah data yang terdapat dalam Population Quick Info?

Data yang terkandung dalam Population Quick Info adalah data Anggaran Penduduk Antara Banci 1970-2010, Anggaran Penduduk Semasa dan Unjuran Penduduk 2010-2040 yang merupakan anggaran penduduk pertengahan tahun (30 Jun). Data ini boleh diakses mengikut negeri, kumpulan etnik, umur dan jantina.


Apakah Anggaran Penduduk Antara Banci?

Anggaran Penduduk Antara Banci adalah anggaran penduduk bagi tarikh rujukan antara dua banci dan merupakan data siri masa anggaran penduduk yang muktamad. Data ini diselaraskan semula bagi setiap sepuluh tahun iaitu selepas Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan menggunakan set data kelahiran dan kematian muktamad. Kaedah yang digunakan adalah kaedah ketakatan ke hadapan dan ketakatan berbalik. Data ini boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.


Apakah Anggaran Penduduk Semasa?

Anggaran Penduduk Semasa merujuk kepada saiz penduduk semasa di sesuatu kawasan. Anggaran ini dikira setiap tahun dan kaedah yang digunakan adalah kaedah komponen kohort iaitu pengiraannya berdasarkan perubahan komponen penduduk iaitu kelahiran, kematian serta migrasi dalaman dan antarabangsa bagi tahun semasa. Anggaran ini memberi gambaran tentang pertumbuhan dan perubahan penduduk dari segi struktur dan komposisinya.


Apakah Unjuran Penduduk?

Unjuran Penduduk adalah anggaran penduduk yang diunjurkan untuk masa depan. Unjuran ini dikira setiap sepuluh tahun iaitu selepas Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan. Kaedah komponen kohort yang terdiri daripada kelahiran, kematian dan migrasi bersih digunakan dalam membuat unjuran ini. Unjuran penduduk memberi gambaran tentang kemungkinan perubahan penduduk berdasarkan andaian kelahiran, kematian, migrasi dalaman dan antarabangsa masa depan. Data ini disediakan untuk kegunaan perancang dan pembuat dasar bagi merancang dan pelaksanaan pembangunan negara untuk jangka masa panjang serta digunakan dalam kajian dan penyelidikan oleh sektor awam dan swasta.

 

Untuk maklumat lanjut atau memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi:

Bahagian Perangkaan Penduduk & Demografi,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Aras 4, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62514 Putrajaya,  Malaysia.


Pn. Noor Faadlilah Binti Ismail (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
No. Tel.: 603-8885 7298

Pn. Intan Salina Binti Alias (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
No. Tel.: 603-8885 7293

 

Top
Banci Penduduk 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia

Hi, Saya Akak Banci. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai MyCensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin MyCensus. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?