Penerbitan ini merupakan laporan pertama dalam siri laporan Banci 2010 yang berdasarkan kepada penjanaan data muktamad bertujuan menerangkan skop dan keterangan terperinci maklumat yang dipungut semasa banci. Laporan ini memuatkan data tentang taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi seperti jantina, taburan umur, kumpulan etnik, agama dan taraf perkahwinan pada peringkat nasional dan negeri. Maklumat penduduk mengikut kumpulan etnik di peringkat daerah pentadbiran juga dimasukkan.