Penerbitan ini merupakan laporan pertama dalam siri laporan Banci 2010 yang berdasarkan kepada penjanaan data muktamad bertujuan menerangkan skop dan keterangan terperinci maklumat yang dipungut semasa banci. Laporan ini memuatkan data tentang taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi seperti jantina, taburan umur, kumpulan etnik, agama dan taraf perkahwinan pada peringkat nasional dan negeri. Maklumat penduduk mengikut kumpulan etnik di peringkat daerah pentadbiran juga dimasukkan.

Data dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan. Laporan ini memuatkan data jumlah stok tempat kediaman, jenis tempat kediaman, bahan binaan dinding luar, pemilikan dan kemudahan asas perumahan.

Laporan ini memuatkan data penduduk mengikut ciri-ciri pendidikan seperti kadar literasi dan celik komputer, kehadiran sekolah, peringkat pendidikan tertinggi dan kelayakan tertinggi yang diperoleh. Laporan ini juga memuatkan ciri-ciri sosial iaitu taraf perkahwinan penduduk.

 

Penerbitan ini mengandungi data penduduk bekerja berumur 15 - 64 tahun mengikut pekerjaan dan industri serta taraf pekerjaan. Maklumat dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan.

Penerbitan ini mengandungi maklumat tentang bilangan isi rumah persendirian dan bukan persendirian, penduduk mengikut pertalian kepada ketua isi rumah, jumlah ketua isi rumah mengikut umur, saiz purata isi rumah, jenis isi rumah, pemilikan rumah dan kemudahan peralatan isi rumah. Maklumat dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan.

Laporan ini memuatkan statistik penduduk mengikut tempat lahir, penduduk mengikut tempat tinggal biasa sekarang dan tempat tinggal biasa lima tahun yang lalu serta penduduk bukan warganegara mengikut kewarganegaraan. Maklumat dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan.

Penerbitan ini memuatkan data tentang taburan penduduk mengikut kumpulan etnik, kumpulan umur dan jantina serta jumlah isi rumah dan tempat kediaman pada peringkat kawasan pihak berkuasa tempatan, mukim dan daerah pentadbiran.

Laporan Kiraan Permulaan 2010 menyediakan data awalan jumlah penduduk, isi rumah dan tempat kediaman.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…