Laporan kiraan permulaan ini diterbitkan untuk memberi gambaran awal mengenai jumlah tempat kediaman, isi rumah dan penduduk negara ini.

Penerbitan ini mengandungi ciri-ciri asas demografi seperti umur, jantina dan kumpulan etnik penduduk serta jumlah isi rumah dan tempat kediaman pada peringkat pihak berkuasa tempatan, mukim dan daerah pentadbiran.

Termasuk dalam laporan ini adalah ciri-ciri asas demografi seperti taburan umur, jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan dan agama, pada peringkat nasional dan negeri.

Laporan ini merupakan penerbitan kedua. Jenis maklumat yang terkandung di dalam laporan ini serupa dengan yang terkandung dalam penerbitan pertama tetapi dengan pembahagian mengikut kawasan bandar dan luar bandar.

Termasuk dalam laporan ini adalah ciri-ciri pendidikan penduduk seperti celik huruf, kehadiran sekolah, peringkat pendidikan tertinggi dan kelayakan yang diperoleh serta ciri sosial seperti taraf perkahwinan.

Laporan ini mengandungi maklumat tentang taburan penduduk pekerja berumur 15 - 64 tahun mengikut pekerjaan dan industri serta taraf guna tenaga.

Laporan ini mengandungi maklumat tentang penduduk mengikut tempat lahir, penduduk mengikut tempat tinggal biasa sekarang dan tempat tinggal biasa 5 tahun dahulu dan penduduk bukan warganegara mengikut kewarganegaraan.

Penerbitan ini mengandungi maklumat tentang bilangan isi rumah persendirian dan institusi, penduduk mengikut pertalian kepada ketua isi rumah, ketua isi rumah mengikut umur, saiz purata isi rumah, jenis isi rumah, kemudahan peralatan isi rumah dan pemilikan rumah.

Penerbitan ini memberikan data terperinci tentang aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif keadaan perumahan pada tahun 2000. Antara butiran terperinci tempat kediaman yang terkandung dalam laporan ini termasuk jumlah stok perumahan, jenis tempat kediaman, bahan binaan dinding luar, pemilikan dan kemudahan-kemudahan asas perumahan.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…