Objektif Banci 2020
- Mengumpul stok serta profil Penduduk dan Perumahan Negara meliputi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi sehingga ke peringkat geografi terkecil.
- Menjadi input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
- Menjadi asas Anggaran dan Unjuran bagi Penduduk dan Tempat Kediaman.
- Menjadi input penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi.
Faedah Masa Depan
- Maklumat Baru Statistik
- Maklumat asas untuk perancangan dan pembangunan negara
- Maklumat penduduk, IR dan TK hingga ke peringkat kawasan geografi terkecil (local statistics)
- Register Based Statistics (MSAR & MSPR)
- Pangkalan data alamat TK dan penduduk yang lengkap
- Banci Penduduk dan Perumahan dapat dilaksanakan pada skala lebih kecil pada masa akan datang
- Trasformasi Lanskap Statistik
- Perubahan teknologi dan gerak kerja daripada paper-based kepada online
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian statistik supaya lebih moden, dinamik dan mesra pengguna
- Meningkatkan literasi statistik
- Perkongsian Parameter Banci
- Data terkini daripada MSAR & MSPR dapat dikongsi dengan pelbagai agensi
- Peningkatan kerjasama dengan OGA dalam penggunaan data pentadbiran
- Anggaran dan Unjuran Penduduk, Isi Rumah dan Tempat Kediaman
- Input kependudukan untuk pembentukan dasar utama seperti agenda nasional dan penuaan penduduk
- Input kependudukan untuk pembentukan dasar utama seperti agenda nasional dan penuaan penduduk
- Kos Efektif
- Pelaburan jangka panjang
- Pelaburan ICT yang berterusan
- Penjimatan dan kos yang lebih efektif
Mod Pembancian Banci 2020
1. | ![]() |
Computer Assisted Personal Interview (CAPI) Kaedah pengumpulan data secara CAPI merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK dan melakukan proses temu ramah responden dengan merekodkan maklumat responden secara online dan offline menggunakan tablet atau telefon pintar |
2. | ![]() |
e-Census Kaedah e-Census adalah pengisian soal selidik secara atas talian oleh responden melalui pautan Portal Banci dan Stats Geoportal (http://ecensus.mycensus.gov.my). Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui portal yang disediakan oleh jabatan |
3. | ![]() |
Paper And Pen Interview (PAPI) Kaedah ini merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka kepada responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh di dalam borang soal selidik |
4. | ![]() |
Computer Assisted Telephone Interview (CATI) Kaedah ini, Pembanci akan membuat temu ramah melalui telefon dan semua maklumat responden akan dimasukkan dalam sistem CATI |
5. | ![]() |
Drop-Off & Pick Up (DOPU) Kaedah ini Pembanci akan meninggalkan borang soal selidik (drop-off) di TK pada Hari Banci dan Pembanci akan mengambil semula borang soal selidik (pick-up) yang telah diisi oleh responden. Pelaksanaan mod pembancian ini adalah fleksibel bagi kawasan bandar dan luar bandar dengan mengambil kira kemudahan sedia ada di kawasan berkenaan. |