Pembentangan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Daerah Sabak Bernam
16 Mac 2022 (Rabu), SUNGAI BESAR: Sesi Perjumpaan Tuan Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor bersama Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Sabak Bernam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDT Sabak Bernam).
Agenda utama perjumpaan adalah pembentangan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Daerah Sabak Bernam dan penyerahan penerbitan My Local Stats Selangor 2020 Sabak Bernam.
Perjumpaan juga membincangkan kerjasama strategik di antara DOSM Selangor dengan PDT Sabak Bernam dalam keperluan data peringkat daerah Sabak Bernam.