Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Majlis Bandaraya Iskandar Puteri kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020.
Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah diadakan pada 21 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YB. Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Penolong Pesuruhjaya 1, Encik Mohd Farid bin Kassim merangkap Penolong Pesuruhjaya 2, YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh, Penolong Pesuruhjaya 3, YB Dato' Sallehuddin bin Hassan, mantan Penolong Pesuruhjaya 1, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Johor Bahru 2 atas usaha melengkapkan bancian Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Asmilah binti Legiman merangkap MyAD Johor Bahru 2.
Tarikh: 21 September 2021
Sumber: DOSM Johor
View the embedded image gallery online at:
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/september-2021/1773-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-majlis-bandaraya-iskandar-puteri#sigProId7b365c3e38
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/september-2021/1773-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-majlis-bandaraya-iskandar-puteri#sigProId7b365c3e38