Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Batu Pahat
BATU PAHAT- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Batu Pahat kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Batu Pahat.
Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Batu Pahat telah diadakan pada 20 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat merangkap Penolong Pesuruhjaya 1, Encik Mohd Haniff bin Ahmad merangkap Penolong Pesuruhjaya 2, YBrs. Tuan Haji Zulkiflee bin Abbas, mantan Penolong Pesuruhjaya 1, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Batu Pahat atas usaha melengkapkan bancian Daerah Batu Pahat. Sesi ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pn Fazlina Azawiyah binti Isa, Penolong Pegawai Daerah yang mewakili Penguasa Daerah Batu Pahat dan Puan Noor Ilyana binti Amran merangkap MyAD Daerah Batu Pahat.
Tarikh: 20 September 2021
Sumber: DOSM Johor
View the embedded image gallery online at:
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/september-2021/1771-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-daerah-batu-pahat#sigProId0176582d19
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/september-2021/1771-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-daerah-batu-pahat#sigProId0176582d19