Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Kluang
KLUANG- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Kluang kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Kluang.
Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Kluang telah diadakan pada 26 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang merangkap Penolong Pesuruhjaya 1, YBrs. Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd. Manap, Penolong Pesuruhjaya 2, YBrs. Tuan Haji Ismail bin Abu, mantan Penolong Pesuruhjaya 1, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Kluang atas usaha melengkapkan bancian Daerah Kluang. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Encik Muhamad Sharul Azmi bin Md Kamil, Penolong Pegawai Daerah merangkap wakil Penguasa Daerah serta Cik Nazarina binti Nasir merangkap MyAD Daerah Kluang.
Tarikh: 26 September 2021
Sumber: DOSM Johor
View the embedded image gallery online at:
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/september-2021/1766-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-daerah-kluang#sigProIdca784979c5
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/september-2021/1766-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-daerah-kluang#sigProIdca784979c5