Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Kulai.
 
KULAI- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Kulai kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Kulai.
Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Kulai telah diadakan pada 27 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Zainor bin Adani, Pegawai Daerah Kulai merangkap Penolong Pesuruhjaya, YBrs. Tuan Haji Mohd Radzi bin Mohd. Amin, mantan Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Kulai atas usaha melengkapkan bancian Daerah Kulai. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Mackeen bin Haji Mohd Shafiee, Ketua Penolong Pegawai Daerah merangkap wakil Penguasa Daerah, Puan Siti Maimon binti Nadiran dan Puan Rafizah binti Jaafar selaku wakil MyAD Daerah Kulai.
Top
Banci Penduduk 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia

Hi, Saya Akak Banci. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai MyCensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin MyCensus. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?