Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Kota Tinggi

KOTA TINGGI- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Kota Tinggi kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Kota Tinggi.
Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Kota Tinggi telah diadakan pada 26 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Penolong Pesuruhjaya, YBrs. Tuan Haji Farizal Bin Ismail, mantan Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Kota Tinggi atas usaha melengkapkan bancian Daerah Kota Tinggi. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mahathir Bin Hj Abd Shukor dan Encik Zulkepli Bin Welang merangkap wakil Penguasa Daerah serta Encik Rahman bin Pasran merangkap MyAD Daerah Kota Tinggi.
 
Top
Banci Penduduk 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia

Hi, Saya Akak Banci. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai MyCensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin MyCensus. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?