Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Majlis Bandaraya Johor Bahru.
JOHOR BAHRU- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Majlis Bandaraya Johor Bahru kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020.
Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Majlis Bandaraya Johor Bahru telah diadakan pada 10 Oktober 2021. Tahniah dan Syabas kepada YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, YBrs. Tuan Haji Miswan bin Yunus merangkap Penolong Pesuruhjaya 4, YBrs. IR Hajah Nazathul Shima binti Mohamad, selaku Penolong Pesuruhjaya 2, YB Dato' Haji Adib bin Azhari mantan Penolong Pesuruhjaya 2, YBrs. En. Abdul Malik bin Ismail mantan Penolong Pesuruhjaya 4, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Johor Bahru 1 atas usaha melengkapkan bancian Johor Bahru.
Sesi ini turut dihadiri oleh Pn. Siti Nabilah binti Zainal Abidin, En. Muhamad Ihsan bin Sujani, En. Muhammad Iqbal Arami bin Mohamed Shariff selaku wakil Penguasa Daerah dan Puan Rosnah binti Abu Nasir selaku MyAD Johor Bahru 1, Puan Iklima binti Ali dan Puan Siti Shahriza Salmi binti Haron selaku wakil MYCD Johor Bahru 1.
Tarikh: 11 Oktober 2021
Sumber: DOSM Johor
View the embedded image gallery online at:
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/oktober-2021/1758-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-majlis-bandaraya-johor-bahru#sigProIdb0fbb7da5d
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/oktober-2021/1758-banci-malaysia-2020-tahniah-penduduk-majlis-bandaraya-johor-bahru#sigProIdb0fbb7da5d