View the embedded image gallery online at:
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/disember/1787-perbincangan-data-awalan-banci-malaysia-2020-daerah-jelebu#sigProId16d854586e
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/disember/1787-perbincangan-data-awalan-banci-malaysia-2020-daerah-jelebu#sigProId16d854586e
Perbincangan Data Awalan Banci Malaysia 2020 Daerah Jelebu
Isnin, 13 Disember 2021, Satu perbincangan Data Awalan Banci Malaysia 2020 Daerah Jelebu telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz, Pegawai Daerah merangkap Penolong Pesuruhajaya Banci Daerah Jelebu bersama-sama Pengarah DOSM Negeri Sembilan Puan Hartini binti Yaacob.
Perbincangan ini turut disertai para pegawai dari DOSM Negeri Sembilan, pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah, Jelebu. Data Awalan Banci Daerah Jelebu telah dibentangkan oleh Puan Tengku Norkhairah binti Tengku Jamil.
Perbincangan dan pembentangan berjalan dengan lancar. Maklumbalas yang diterima dari kedua-dua belah pihak amat baik sepanjang perbincangan tersebut. Terima kasih diatas segala kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama ini berterusan dan memberi manafaat bersama.
Terima kasih Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu
“Menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu terbilang dalam menguruskan pentadbiran tanah & daerah di Malaysia bagi Mendukung Aspirasi Negeri Sembilan Moden 2045.”
Berita baik, kita kasik heboh


