Program Turun Padang DOSM Johor Bersama Media di Daerah Muar dan Tangkak
Program Turun Padang DOSM Johor Bersama Media di Daerah Muar dan Tangkak yang diadakan pada hari ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Seri Rozita Talha, Timbalan Ketua Perangkawan Program Ekonomi merangkap Timbalan Pesuruhjaya Banci 2020.
Turut hadir ke program tersebut ialah Pegawai Daerah Muar dan Pegawai Daerah Tangkak bersama pegawai pejabat daerah masing-masing bagi memberikan sokongan padu dalam menjayakan Banci Malaysia 2020.
Tarikh: 25 April 2021
https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/galeri-gambar/gambar-2021/april-2021/1749-program-turun-padang-dosm-johor-bersama-media-di-daerah-muar-dan-tangkak#sigProId78c29f78f5