Hari Pengajian Rejimen 504 Askar Wataniah

Kangar: Pegawai, Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan staf awam dari Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW) telah terlibat Hari Pengajian Rejimen yang diadakan di Perkarangan Platun Kenderaan pada 24 Ogos 2020. Hari pengajian bertajuk Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perlis.
 
Timbalan Komander R504AW , Lt Kol Mohamad Zaidi Ishak dalam ucapan ringkasnya berharap semua yang terlibat dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang berintegriti dengan mengisi E-Cencus tanpa ada penyembunyian maklumat. Beliau juga menyatakan penghargaan kepada pihak DOSM Negeri Perlis kerana telah hadir memanjangkan maklumat kepada warga R504AW.
Hari pengajian diakhiri dengan pertukaran cenderahati jabatan daripada Pengarah DOSM Negeri Perlis, Pn Pathmavathi a/p Appulanaidu kepada Timbalan Komander R504AW.
 
Oleh: Lt M Muhamad Khairunizam Jamal@Jamil
Gambar : Kpl Shaffian Ali
 
 
 
Top
Banci Penduduk 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia

Hi, Saya Akak Banci. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai MyCensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin MyCensus. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?