Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah Setiu (JKPBD) Bil. 1/2020
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah Setiu (JKPBD) Bil. 1/2020 telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Tanah Setiu, YBrs. Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu pada 30 Jun 2020. Taklimat berkenaan Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 turut diberikan kepada ahli Jawatankuasa dan juga wakil agensi persekutuan dan negeri di daerah berkenaan.