Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Negeri (JKPBN) Perlis Siri 2 Bil 1/2020 dipengerusikan oleh YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis selaku Timbalan Pesuruhjaya Banci 2020 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.
Intipati mesyuarat antaranya menyentuh isu jalinan kerjasama strategik antara ketua-ketua jabatan bagi mendukung penuh hasrat pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang merupakan projek di peringkat Nasional.
Terima kasih kepada kesemua ahli mesyuarat yang begitu komited akan pelaksanaan Banci 2020 ini dan semoga pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia terutama di Negeri Perlis berjalan dengan jayanya.

 

Top
Banci Penduduk 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia

Hi, Saya Akak Banci. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai MyCensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin MyCensus. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?