Lawatan Muhibbah oleh DOSM Sabah untuk mempromosikan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
Lawatan muhibbah oleh DOSM SABAH untuk memaklumkan dan membincangkan perancangan pelaksanaan publisiti Mycensus 2020 diperingkat kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Sabah bagi kerjasama strategik dalam membantu mempromosikan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 bersama Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah,En. Mohd Malim Ku Ning Bin Johari pada 21 Januari 2020, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Patrick Tan @ Tan Su Teck pada 9 Januari 2020, Pengarah Bahagian Kabinet Dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri, Tuan Ridhwan Roger Linus pada 20 Januari 2020 dan Pengarah Bahagian Istiadat Dan Protokol Negeri Sabah, Jabatan Ketua Menteri, Tuan Christopher Lingam pada 24 Januari 2020.






