Kunjungan Hormat DOSM Kedah kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi
DOSM Kedah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapt.(PA) Ahmad Shahfikri bin Darus yang dihadiri oleh Ketua Pejabat Operasi Langkawi, Encik Amirul Syakirin Ahmad Jamil berserta dua (2) pegawai DOSM Kedah. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan Jabatan serta membincangkan kerjasama dalam menjalankan hebahan, publisiti dan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Penduduk Malaysia 2020 pada 27 Februari 2020.






