Kunjungan Hormat DOSM Kedah kepada Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Langkawi
DOSM Kedah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Langkawi, Tuan Mohd Shaufiz bin Osman yang dihadiri oleh Ketua Pejabat Operasi Langkawi, Encik Amirul Syakirin Ahmad Jamil berserta dua (2) pegawai DOSM Kedah. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan Jabatan serta membincangkan kerjasama dalam menjalankan hebahan dan publisiti Banci Penduduk dan Perumahan Penduduk Malaysia 2020 pada 24 Februari 2020.






