Kunjungan Hormat DOSM Kedah kepada Pengarah Cure and Care Rehabilitation Center Kedah
Kunjungan Hormat DOSM Kedah kepada Tuan Haji Iskandar bin Turkee, Pengarah Cure and Care Rehabilitation Center, Serdang, Kedah. Kunjungan hormat ini telah dihadiri oleh Puan Rosliza binti Rahim, Ketua Pejabat Operasi Sungai Petani dan dua (2) orang pegawai DOSM Kedah. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan kerjasama dalam menjalankan hebahan dan publisiti Banci Penduduk dan Perumahan Penduduk Malaysia 2020 pada 23 Februari 2020.