Kunjungan Hormat kepada Pegawai Penerangan Daerah Langkawi

DOSM Kedah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Penerangan Daerah Langkawi, Puan Nor Salwa binti Abdul Razak yang dihadiri oleh Ketua Pejabat Operasi Langkawi, Encik Amirul Syakirin Ahmad Jamil berserta dua (2) pegawai DOSM Kedah. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan Jabatan serta membincangkan kerjasama dalam menjalankan hebahan dan publisiti Banci Penduduk dan Perumahan Penduduk Malaysia 2020 pada 20 Februari 2020.

 

Top
Banci Penduduk 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia

Hi, Saya Akak Banci. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai MyCensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin MyCensus. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?