Kunjungan Hormat kepada Pegawai Daerah Maran dan Yang diPertua Majlis Daerah Maran
Kunjungan Hormat kepada Pegawai Daerah Maran dan Yang diPertua Majlis Daerah Maran, Tuan Sharuddin bin Jali di Pejabat Daerah dan Tanah Maran pada 19 Februari 2020 bagi membincangkan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (MyCensus2020). Perkara yang dibincangkan merangkumi keperluan logistik bagi penyimpanan dokumen,keluasan dan lokasi. Pengambilan pembanci serta keperluan latihan, edaran bahan publisiti serta link portal MyCensus2020. Selain itu pihak DOSM Pahang turut mengambil peluang untuk membuat pengenalan produk jabatan termasuk Mylocalstats.