FAQ MS

Soalan Lazim Banci

 

Mengapa perlu banci?

  • Banci Penduduk dan Perumahan 2020 adalah pembancian bilangan penduduk dan isi rumah berdasarkan pelbagai ciri demografi, sosial dan ekonomi.
  • Kerja-kerja pembancian adalah tertakluk kepada Akta Banci 1960 (Disemak-1969)
  • Banci menyediakan maklumat tentang jumlah stok tempat kediaman dan kemudahan serta keperluan asas perumahan yang tersedia.
  • Data yang dikumpul akan membekalkan set maklumat statistik yang komprehensif mengenai arah aliran kependudukan, sosial dan ekonomi.

Bilakah saya akan dibanci?

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dijalankan pada:

  • Fasa 1 secara atas talian menggunakan e-Census pada 7 Julai - 31 Disember 2020 
  • Fasa 2 secara temuramah bersemuka pada 20 Januari - 6 Februari 2021

Siapakah yang akan dikira dalam Banci 2020?

  • Semua penduduk termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama 6 bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun 2020. Ini termasuk:
      • Bayi yang lahir PADA ATAU SEBELUM Hari Banci dan MASIH HIDUP pada Hari Banci (7 Julai 2020).
      • Orang yang meninggal dunia PADA ATAU SELEPAS Hari Banci (7 Julai 2020).
      • Penduduk Malaysia yang berulang alik melintasi sempadan Malaysia (contohnya Singapura dan Thailand) untuk bekerja atau belajar tetapi mempunyai tempat tinggal biasa di Malaysia.
      • Penduduk Malaysia yang keluar negara untuk melancong, pengajian jangka pendek (kurang dari 6 bulan) atau menghadiri persidangan/ seminar atau urusan perniagaan.
      • Pegawai dagang dan pekerja asing serta keluarga mereka yang menetap di Malaysia.
      • Pelawat dan penuntut asing yang menetap di Malaysia.
      • Anggota tentera dan pegawai diplomatik asing serta ahli keluarga mereka yang menetap di Malaysia.
      • Orang yang tiada tempat tinggal (contohnya gelandangan).

Adakah maklumat yang saya bekalkan selamat?

  • Seksyen 19 di bawah Akta Banci 1960 (Disemak -1969) menyatakan mana-mana maklumat individu tidak boleh didedahkan.
  • Hanya data berbentuk agregate sahaja akan diterbitkan.
  • Pastikan pembanci yang mengumpul maklumat adalah pemegang kad pengenalan pembanci.

Apakah kaedah pembancian yang digunakan?

  • Computer Assisted Personal Interview(CAPI)
    • Kaedah pengumpulan data secara CAPI merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK dan melakukan proses temu ramah responden dengan merekodkan maklumat maklumat responden secara online dan offline menggunakan tablet atau telefon pintar.
  • Paper and Pen Interview (PAPI)
    • Kaedah ini merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka kepada responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh di dalam borang soal selidik.
  • Computer Assisted Telephone Interview (CATI) 
    • Kaedah ini, pembanci akan membuat temu ramah melalui telefon dan semua maklumat responden akan dimasukkan dalam sistem CATI.
  • Drop-off & Pick Up (DOPU) 
    • Kaedah ini Pembanci akan meninggalkan borang soal selidik (drop off) di TK pada Hari Banci dan Pembanci akan mengambil semula borang soal selidik (pick up) yang telah diisi oleh responden.
    • Pelaksanaan mod pembancian ini adalah fleksibel bagi kawasan bandar dan luar bandar dengan mengambil kira kemudahan sedia ada di kawasan berkenaan.

Apakah tanggungjawab saya?

  • Sama ada anda warganegara atau bukan warganegara Malaysia bertanggungjawab untuk memberi maklumat yang tepat kepada pembanci. Kerjasama anda dalam memberikan maklumat yang diperlukan menjadi asas kepada data perangkaan penduduk dan perumahan untuk pembangunan sosio-ekonomi negara.

Banci 2020 tidak akan bertanyakan soalan berkaitan:

  • Maklumat kewangan atau pendermaan;
  • Apa-apa berkaitan pegangan atau parti politik; dan
  • Maklumat/nombor akaun bank atau kad kredit.

Apa itu kaedah e-Census?

Kaedah e-Census ialah kaedah pengisian soal selidik secara dalam talian oleh para responden melalui:

Mengapa menggunakan e-Census?

Disebabkan penularan wabak COVID-19, pembancian akan dijalankan menggunakan kaedah pembancian e-Census. Kaedah pembancian ini tidak memerlukan proses pembancian secara bersemuka dan hanya perlu menjawab soal selidik secara dalam talian sahaja.

Bagaimana untuk mengakses e-Census?

e-Census boleh dilayari melalui melalui:

Adakah saya perlu menjawab Banci 2020 secara dalam talian?

Anda boleh memilih untuk menjawab soalan Banci 2020 secara dalam talian atau menggunakan borang. Melalui kaedah pembancian dalam talian, Banci 2020 akan menjadi lebih mudah, selamat, dan pantas untuk diselesaikan.

Apakah soalan yang akan ditanya ketika Banci 2020 dijalankan?

Soal selidik banci merangkumi soalan mengenai:

  • Isi rumah dan tempat kediaman (pemilikan, maklumat sewa, keselamatan dan lain-lain);
  • Maklumat demografi (jantina, umur, taraf perkahwinan, kumpulan etnik dan lain-lain);
  • Maklumat persekolahan (status persekolahan, sijil tertinggi diperoleh, bidang pengajian dan lain-lain);
  • Maklumat pekerjaan (jenis pekerjaan, lokasi tempat kerja, jarak tempat bekerja dan lain-lain);
  • Maklumat Orang Kurang Upaya (OKU);
  • Maklumat kelahiran;
  • Kesihatan dan kecergasan (maklumat penyakit, perlindungan insurans, jenis sukan/aktiviti yang digemari dan lain-lain);
  • Hubungan sosial (media sosial, hubungan kekeluargaan dan jiran);
  • Perumahan (pemilikan tempat kediaman lain, harga tempat kediaman yang mampu dimiliki dan lain-lain);
  • Warga emas (aktiviti yang kerap dilakukan, sumber pendapatan dan lain-lain).

Kenapa rumah saya terpilih untuk mengisi secara dalam talian (e-Census)?

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, pihak kerajaan berhasrat untuk menggunakan platform dalam talian seluas mungkin dalam mengumpulkan maklumat. Anda akan menerima poskad sekiranya rumah anda terpilih untuk menjawab banci secara dalam talian (e-Census).

Kenapa saya tidak boleh log masuk e-Census? Apakah tindakan saya selanjutnya?

Anda mungkin memasukkan alamat e-mel atau OTP yang tidak tepat. Sila masukkan alamat e-mel yang didaftar dan OTP yang diterima.

Saya tidak menerima poskad e-Census tetapi saya berminat untuk menjawab soal selidik Banci 2020 menggunakan kaedah e-Census, bagaimana caranya?

Anda boleh membuat pra pendaftaran melalui:

Jika padanan alamat anda berjaya, e-mel pemberitahuan akan dihantar atau meja bantuan akan menghubungi anda untuk memaklumkan berkenaan kod jemputan untuk pengisian e-Census.

Jika padanan alamat anda tidak berjaya, e-mel pemberitahuan akan dihantar atau meja bantuan akan menghubungi anda untuk memaklumkan bahawa anda akan dibanci pada bulan Januari 2021.

Alamat saya tidak dijumpai dalam e-Census, apakah tindakan saya seterusnya?

Anda boleh melakukan pra pendaftaran melalui:

Pemberitahuan dan e-mel yang mengandungi ID tempat kediaman anda akan diberikan.

Bolehkah saya menjawab separuh atau beberapa soalan dahulu dan meneruskan pada hari lain?

Boleh, tetapi anda perlu log masuk semula menggunakan ID tempat kediaman yang sama juga.

Bagaimana cara untuk mendapatkan OTP?

Anda akan menerima OTP selepas mendaftar e-mel anda.

Adakah saya perlu menggunakan OTP yang sama sebelum ini?

Ya tetapi lebih baik jika anda menggunakan OTP yang sama.

Kenapa data yang saya isi hilang? Perlukah saya mengisi semula?

Kemungkinan berlaku masalah dengan sistem e-Census semasa dalam tempoh pengisian tersebut. Pengisian semula perlu dilakukan.

Adakah data saya disimpan secara automatik walaupun saya belum menghantarnya?

Ya.

Pasangan/ahli keluarga saya juga ialah penjawat awam, adakah beliau juga perlu mengisi?

Satu ID hanya untuk sebuah tempat kediaman sahaja, pasangan/ahli isi rumah tidak perlu lagi mengisi setelah diisi oleh ketua tempat kediaman.

Kenapa bilangan soalan terlalu banyak? Perlukah saya menjawab semua soalan?

Semua soalan banci perlu dijawab.

Objektif soalan banci adalah sebagai input kepada perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bilakah tempoh untuk pengisian e-Census?

Bermula 7 Julai hingga 31 Disember 2020.

Saya telah selesai menjawab dan menghantar e-Census tetapi ada maklumat yang ingin dikemaskini, bagaimanakah cara untuk saya memberikan maklumat tersebut?

Anda boleh menghubungi pusat talian di talian 1-800-88-7720, mereka akan membantu anda.

Komuniti Anda Telah Dibanci

 Komuniti Anda Telah Dibanci

Perutusan
Pesuruhjaya Banci

Perutusan
Pesuruhjaya Banci

Galeri Media

Galeri
Media

Newsletter & Infografik

Newsletter &
Infografik

Soal Selidik Banci
Soal Selidik Banci
Soal Selidik Banci
Soal Selidik Banci
Soal Selidik Banci
Soal Selidik Banci

Kalendar Banci Anda

Kalendar Banci Anda

Sekitar Banci Penduduk di Serata Dunia

Banci di Serata Dunia

Aplikasi Atas Talian

Stats Geoportal

Visualisasi

e-Learning (MySUL)

MyLocal Stats

Student Corner

Rakan Banci Antarabangsa
 
uscensus    statsnz    abs   statskorea          ons   statscanada
 
 
Top
Banci Penduduk 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia

Hi, Saya Akak Banci. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai MyCensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin MyCensus. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?