Kod 20 - Rumah Peranginan

Kod 201 - Hotel

Bangunan yang menyediakan kemudahan penginapan, makanan dan minuman serta fasiliti yang lain di mana semua perkhidmatan yang disediakan adalah untuk kegunaan orang awam yang bermalam mahupun yang hanya menggunakan fasiliti tertentu di hotel tersebut contohnya dewan seminar dan sebagainya.

Kod 202 - Rumah Tumpangan/Rumah Rehat

Rumah tempat menginap atau rumah tumpang yang lengkap dengan kemudahan bilik tidur, bilik air dan ruang dapur. Jenis tempat kediaman ini biasanya berstruktur seperti rumah sesebuah, teres dan sebagainya.

Kod 203 - Homestay

Homestay adalah tempat di mana pelancong/pelawat tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay tersebut dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi.

Top


Kod 21 - Institusi

Kod 211 - Institusi Perubatan

Satu tempat di mana orang-orang yang sakit atau cedera dirawat dan dijaga oleh doktor dan jururawat, contohnya hospital. Biasanya pesakit yang berada di sini akan menginap dalam satu tempoh tertentu sehingga sembuh dan dibenarkan pulang atas nasihat doktor.

Kod 212 - Institusi Pengajian

Satu tempat di mana orang awam menuntut ilmu tidak kira apa jua bidang dan peringkat pengajian. Biasanya tempat pengajian ini ada menyediakan asrama untuk pelajar bagi kemudahan untuk berulang-alik sepanjang tempoh pengajian. Contoh untuk jenis tempat kediaman ini adalah pondok pengajian agama, sekolah agama rakyat, asrama universiti/kolej, sekolah berasrama penuh dan lain-lain.

Kod 213 - Institusi Amal/Kebajikan Sosial

Suatu tempat yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan awam yang memerlukan. Contohnya:

i. Rumah untuk orang-orang tua dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan moral/kewangan. Kategori ini juga termasuk rumah untuk kanak-kanak terbiar.

ii. Rumah untuk orang kurang upaya

iii. Pusat-pusat pemulihan dadah dan akhlak.

Kod 214 - Rumah Agama

Rumah ibadat yang digunakan sebagai tempat kediaman atau mana-mana tampat kediaman lain, yang telah diubahsuai sebagai rumah ibadat misalnya, biara.

Kod 215 - Penjara dan Pusat Tahanan

Tempat di mana pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah. Penjara/pusat tahanan juga merupakan tempat kurungan pesalah yang disabitkan hukuman dari pelbagai kemudahan dan kebebasan.

Kod 216 - Rumah Pekerja Sementara

Tempat penginapan sementara bagi orang yang menjalankan aktiviti atau kepentingan bersama seperti pembinaan, pertanian, pembalakan dan lain-lain.



Kod 217 - Asrama Pekerja

Tempat kediaman bagi pekerja terutamanya pekerja asing yang disediakan oleh majikan khususnya kawasan perindustrian seperti kilang. Ada juga unit perumahan rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja yang disewa oleh majikan untuk pekerjanya.

Kod 218 - Lain-lain

Kategori ini termasuk berek-berek bujang bagi anggota tentera, polis dan bomba. Tempat kediaman dalam kem tentera seperti Kem Terendak, Melaka hendaklah diklasifikasikan mengikut jenis perumahan masing-masing dan bukan di bawah kategori tempat kediaman beramai-ramai.

Top