Laman Utama   >   Unit Perumahan   >  11 - Pangsa/Apartment/Kondominium   >   Kod 113 - Kondominium

Kod 113 - Kondominium

Bangunan bertingkat yang dianggap hartanah mewah dan eksklusif. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju / pengurusan adalah lebih baik daripada apartmen. Antara kemudahan tersebut ialah tempat letak kereta khusus untuk setiap pemilik, kolam renang, gimnasium, tempat cucian pakaian, lif, rumah kelab, kawasan berpagar dan perkhidmatan sistem keselamatan yang lebih ketat.