Laman Utama   >   Unit Perumahan   >  10 - Hartanah   >   102 - Rumah Berkembar


1021 - Rumah Berkembar Eksklusif

Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai pintu/laluan masuk yang sama/berasingan yang bercirikan mewah dan mempunyai kolam renang serta memenuhi sekurang-kurangnya tiga (3) ciri di bawah:

i. lif peribadi,
ii. kawalan keselamatan atau pengawal keselamatan peribadi,
iii. CCTV dan interkom,
iv. Landskap.



1022 - Rumah Berkembar Mewah

Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai pintu/laluan masuk yang sama/berasingan yang tidak melebihi dua (2) ciri-ciri rumah sesebuah eksklusif kecuali gabungan CCTV dan landskap.



1023 - Rumah Berkembar Standard

Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai pintu/laluan masuk yang sama/berasingan yang dibina daripada pelbagai bahan binaan seperti batu, papan lapis, zink dan kayu.