Laman Utama   >   Unit Perumahan   >  10 - Hartanah   >   101 - Rumah Sesebuah


1011 - Rumah Sesebuah Banglo Eksklusif/Vila

Rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain yang bercirikan mewah dan mempunyai kolam renang serta memenuhi sekurang-kurangnya tiga (3) ciri di bawah:

i. lif peribadi,
ii. kawalan keselamatan atau pengawal keselamatan peribadi,
iii. CCTV dan interkom,
iv. Landskap.


1012 - Rumah Sesebuah Banglo Mewah

Rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain yang tidak melebihi dua (2) ciri-ciri rumah sesebuah eksklusif kecuali gabungan CCTV dan landskap.

 


1013 - Rumah Sesebuah Banglo Tradisional

Rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain yang dibina dengan ciri-ciri tradisional dan gabungan pelbagai jenis kayu, batu, buluh atau rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.