Malaysia Integrated Population Census System (MyIPCS) merupakan kerangka kerja bersepadu yang meliputi semua aktiviti yang akan dilaksanakan dalam Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020. MyIPCS bertujuan mewujudkan sistem banci berpusat dan menyeluruh yang menyediakan rangka kerja seragam dan bersepadu meliputi proses pra-pengumpulan data, pengumpulan, pemprosesan, analisis dan penyebaran produk statistik. MyIPCS merupakan inovasi terkini dalam pelaksanaan Banci 2020 bagi memastikan data banci dapat dihasilkan dengan lebih cepat bagi kegunaan perancangan dan pembangunan negara. Kami mohon maaf MyIPCS masih belum diaktifkan lagi. Sila layari www.mycensus.gov.my untuk makluman terkini dari semasa ke semasa.