Penerbitan

PENERBITAN


Ciri-ciri Tempat Kediaman 2010

Kemaskini pada 2018-05-10 12:38:41


Data dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan. Laporan ini memuatkan data jumlah stok tempat kediaman, jenis tempat kediaman, bahan binaan dinding luar, pemilikan dan kemudahan asas perumahan.


Ciri-ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk 2010

Kemaskini pada 2018-05-10 16:01:23


Laporan ini memuatkan data penduduk mengikut ciri-ciri pendidikan seperti kadar literasi dan celik komputer, kehadiran sekolah, peringkat pendidikan tertinggi dan kelayakan tertinggi yang diperoleh. Laporan ini juga memuatkan ciri-ciri sosial iaitu taraf perkahwinan penduduk.


Ciri-ciri Ekonomi Penduduk 2010

Kemaskini pada 2018-05-10 16:46:00


Penerbitan ini mengandungi data penduduk bekerja berumur 15-64 tahun mengikut pekerjaan dan industri serta taraf pekerjaan. Maklumat dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan.


Ciri-ciri Isi Rumah 2010

Kemaskini pada 2018-05-10 16:48:58


Penerbitan ini mengandungi maklumat tentang bilangan isi rumah persendirian dan bukan persendirian, penduduk mengikut pertalian kepada ketua isi rumah, jumlah ketua isi rumah mengikut umur, saiz purata isi rumah, jenis isi rumah, pemilikan rumah dan kemudahan peralatan isi rumah. Maklumat dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan.


Migrasi dan Taburan Penduduk 2010

Kemaskini pada 2018-05-10 16:51:47


Laporan ini memuatkan statistik penduduk mengikut tempat lahir, penduduk mengikut tempat tinggal biasa sekarang dan tempat tinggal biasa lima tahun yang lalu serta penduduk bukan warganegara mengikut kewarganegaraan. Maklumat dalam penerbitan ini adalah berdasarkan kepada penjanaan data muktamad tanpa penyesuaian kurang penghitungan.


Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010

Kemaskini pada 2018-05-10 16:54:37


Penerbitan ini memuatkan data tentang taburan penduduk mengikut kumpulan etnik, kumpulan umur dan jantina serta jumlah isi rumah dan tempat kediaman pada peringkat kawasan pihak berkuasa tempatan, mukim dan daerah pentadbiran.


Laporan Kiraan Permulaan 2010

Kemaskini pada 2018-05-17 08:14:36


Laporan Kiraan Permulaan 2010 menyediakan data awalan jumlah penduduk, isi rumah dan tempat kediaman.


Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010

Kemaskini pada 2018-05-17 08:16:13


Penerbitan ini merupakan laporan pertama dalam siri laporan Banci 2010 yang berdasarkan kepada penjanaan data muktamad bertujuan menerangkan skop dan keterangan terperinci maklumat yang dipungut semasa banci. Laporan ini memuatkan data tentang taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi seperti jantina, taburan umur, kumpulan etnik, agama dan taraf perkahwinan pada peringkat nasional dan negeri. Maklumat penduduk mengikut kumpulan etnik di peringkat daerah pentadbiran juga dimasukkan.


Laporan Kiraan Permulaan 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:43:37


Laporan kiraan permulaan ini diterbitkan untuk memberi gambaran awal mengenai jumlah tempat kediaman, isi rumah dan penduduk negara ini.


Buku Taburan Penduduk mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan & Mukim, 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:44:24


Penerbitan ini mengandungi ciri-ciri asas demografi seperti umur, jantina dan kumpulan etnik penduduk serta jumlah isi rumah dan tempat kediaman pada peringkat pihak berkuasa tempatan, mukim dan daerah pentadbiran.


Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:45:11


Termasuk dalam laporan ini adalah ciri-ciri asas demografi seperti taburan umur, jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan dan agama, pada peringkat nasional dan negeri.


Laporan Kiraan Permulaan Bagi Kawasan Bandar Dan Luar Bandar 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:46:39


Laporan ini merupakan penerbitan kedua. Jenis maklumat yang terkandung di dalam laporan ini serupa dengan yang terkandung dalam penerbitan pertama tetapi dengan pembahagian mengikut kawasan bandar dan luar bandar.


Ciri-ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:47:26


Termasuk dalam laporan ini adalah ciri-ciri pendidikan penduduk seperti celik huruf, kehadiran sekolah, peringkat pendidikan tertinggi dan kelayakan yang diperoleh serta ciri sosial seperti taraf perkahwinan.


Ciri-Ciri Ekonomi Penduduk 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:48:10


Laporan ini mengandungi maklumat tentang taburan penduduk pekerja berumur 15 - 64 tahun mengikut pekerjaan dan industri serta taraf guna tenaga.


Ciri-Ciri Tempat Kediaman 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:50:08


Penerbitan ini memberikan data terperinci tentang aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif keadaan perumahan pada tahun 2000. Antara butiran terperinci tempat kediaman yang terkandung dalam laporan ini termasuk jumlah stok perumahan, jenis tempat kediaman, bahan binaan dinding luar, pemilikan dan kemudahan-kemudahan asas perumahan.


Migrasi Dan Taburan Penduduk 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:50:46


Laporan ini mengandungi maklumat tentang penduduk mengikut tempat lahir, penduduk mengikut tempat tinggal biasa sekarang dan tempat tinggal biasa 5 tahun dahulu dan penduduk bukan warganegara mengikut kewarganegaraan.


Ciri-Ciri Isi Rumah 2000

Kemaskini pada 2018-05-17 08:52:08


Penerbitan ini mengandungi maklumat tentang bilangan isi rumah persendirian dan institusi, penduduk mengikut pertalian kepada ketua isi rumah, ketua isi rumah mengikut umur, saiz purata isi rumah, jenis isi rumah, kemudahan peralatan isi rumah dan pemilikan rumah.